Saturday, June 6, 2009

Proton Exora - MPV Pertama malaysia

MPV pertama Malaysia.
Setelah dilambakkan dengan begitu banyak sekali MPV pelbagai jenama dijalan raya Malaysia, akhirnya penantian rakyat malaysia yang mahu melihat salah satu pengeluar kenderaan milik kita sendiri menghasilkan kenderaan pelbagai guna ini akhirnya direalisasikan PROTON

Proton Exora ini dijana oleh enjin CamPro CPS 1.6L yang amat bertenaga. Menjana sebanyak 125 kuasa kuda dan 150Nm torque,kelajuan maksima yang mampu dicapai ialah 165 km/j (103 mph) dan purata penggunaan minyak ialah lebih kurang 7.2 L/100 km (39 mpg-imp; 33 mpg-US ) ini semua dapat dicapai dengan penggunaan semula kotak gear yang sama digunakan pada Proton Waja dan Gen-2 tetapi dengan meningkatkan nisbah ratio pemacu akhir yang membantu melancarkan pengagihan kuasa.
Proton Exora yang sepanjang 4,592mm, 1,809mm lebar dan setinggi 1,691mm ini dilengkapi dengan kapasiti tujuh tempat duduk yang fleksibel dan ia amat selesa terutama bila melakukan perjalanan jauh tambahan lagi ia mempunyai ruang dalaman yang luas.
Dari segi keselamatan Exora ini ialah satu-satunya kenderaan keluaran Proton dilengkapi beg udara berkembar. Memberikan perlindungan kepada pemandu dan penunmpang hadapan jika berlaku kemalangan. Selain penggunaan teknologi hydro forming sub-frame yang mampu menyerap hentakan dan memberikan perlindungan tambahan kepada penumpang.
Selain itu juga versi tertinggi Exora, H-line dilengkapi dengan banyak kelengkapan yang anda inginkan, system hiburan terhebat dalam kenderaan didatangkan dengan versi ini. dengan paparan overhead LCD yang mampu memainkan DVD kegemaran anda, ia juga mampu memainkan beberapa format file dari USB port, slot SD atau MMC , menjadikan ia satu sistem lengkap yang menghiburkan perjalanan panjang anda.
Dibangunkan dengan kos lebih kurang RM450 termasuk RM60 juta hingga RM70 juta bagi kos pengubahsuaian kilang di Shah Alam,exora ini dilengkapi dengan teknologi pemanduan dan kawalan kenderaan hasil usahasama dengan lotus, menggunakan gantungan jenis MacPherson strut dibahagian hadapan mana kala sistem gantungan belakang adalah jenis menjanjikan pemanduan yang selesa dan mantap.
Dengan harga dibawah RM80,000 exora bolehlah dikatakan pilihan yang tepat bagi mereka yang mahukan sebuah MPV yang lengkap dan selesa.ditawarkan dalam lima pilihan warna iaitu Genetic Silver, Tranquility Black, Blue Haze, Pyrite Brown serta Gaia Blue.proton Exora menjanjikan sebuah MPV yang terbaik dalam kelasnya.


Selanjutnya...

Link Exchange

Followers

 

Other Car Copyright 2009 ~ Blog Powered by Iblogger Studio - File Hosting by Ziddu.com - Forum Provider by Freeforums.org